KAPAR, 12 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak paket satu kilogram (kg) dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Syapadu, Rantau Panjang, dekat sini kelmarin.